Frogtoon Música

Biografía del artista Firdaus

Firdaus Mula Ditubuhkan Pada Tahun 1995 Di Pusat Matrikulasi Universiti Utara Malaysia Dengan Nama Asal De Firdaus. Pada Awalnya Kumpulan Ini Bernaung Di Bawah Unit Kesenian Persatuan Pelajar Islam Pusat Matrikulasi UUM. Kumpulan Ini Diilhamkan Oleh Ketua Kumpulan Iaitu Mohd. Khairil Azrin Rafli. Beliau Merupakan Bekas Anggota Kumpulan Suara SMAKL Dan Juga Kumpulan Anugerah. Pengalaman Yang Ditimba Oleh Beliau Menerusi 2 Album Sewaktu Persekolahan Menengah Beliau Telah Dicurahkan Untuk Memajukan Kumpulan Ini. Pada Awalnya Kumpulan Ini Sekadar Membuat Persembahan Untuk Majlis-Majlis Anjuran Persatuan Kolej-Kolej Di UUM Serta Sekolah-Sekolah Di Sekitar Utara Semenanjung Malaysia. Mereka Juga Menyertai Pertandingan-Pertandingan Nasyid Anjuran Pelbagai IPT Di Seluruh Negara. Perkembangan Industri Hiburan Nasyid Pada Awal 1997 Telah Mendorong Enam Orang Anggota Dari Kumpulan Ini Untuk Mencuba Nasib Bagi Merakamkan Album Untuk Pasaran Komersial. Mujahid Abd Wahab Nowseeheart Merupakan Orang Yang Telah Memperkenalkan Kumpulan Ini Kepada Wakil Syarikat Rakaman SRC. Setelah Melalui Pelbagai Sesi Ujibakat Di Bawah Bimbingan En Adnan Abu Hassan Akhirnya Pada 1 Ogos 1997 Enam Orang Anggota Kumpulan Ini Telah Menandatangani Perjanjian Kontrak Sebagai Artis Suria Records SRC Dengan Nama FIRDAUS. Enam Orang Anggota Itu Ialah Mohamad Ismandi Wasli Mohd. Idzwan Yacob Mohd. Khairil Azrin Rafli Mohamad Rasul Mohd. Noor Syed Fadilah Syed Alias Dan Mohd. Tarmidi Mahli. Album Pertama Kumpulan Ini Telah Diterbitkan Oleh Ahmad Sharani Ismail Dan Telah Mula Dipasarkan Pada 3 Mac 1998. Album Yang Berjudul ‘Keampunan’ Ini Telah Mula Memperkenalkan Kumpulan Ini Ke Persada Industri Hiburan Nasyid Tanah Air. Antara Lagu Yang Mendapat Perhatian Ialah Permata Ayah Bonda Serta Keampunan. Antara Komposer Yang Telah Memberikan Sentuhan Mereka Di Dalam Album Ini Ialah Adnan Abu Hassan Yassin Dan Isman Hijjaz . Album Ini Telah Mencatat Penjualan Memberangsangkan Sehingga Mendorong Syarikat Rakaman Mereka Untuk Menghasilkan Album Kedua Kumpulan Firdaus. Album Kali Ini Menampilkan Sentuhan Penerbit Yang Pernah Menjulang Anugerah Album Terbaik Dalam Anugerah Industri Muzik AIM 2000 Iaitu Suhaimi Mohd. Zain Atau Lebih Dikenali Sebagai Pak Ngah. Menerusi Album Ini Firdaus Hanya Tampil Bersama 4 Orang Anggota Sahaja Kerana Dua Anggota Asal Kumpulan Ini Iaitu Khairil Azrin Dan Syed Fadillah Telahpun Menarik Diri. Pada 16 Oktober 2000 Kumpulan Ini Telah Muncul Dengan Album Kedua Mereka Yang Diterbitkan Oleh Pak Ngah Dan Eddie Marzuki. Album Yang Berjudul ‘Fisabilillah’ Ini Menekankan Konsep Irama Muzik Etnik Kreatif Seperti Irama Padang Pasir Rebana Keras Zapin Dan Sebagainya. Album Ini Telah Mendapat Sentuhan Komposer2 Seperti Pak Ngah Rosli Selaseh Dan Juga Fadzil Ahmad. Album Mereka Yang Ketiga Pula Telah Muncul Pada Penghujung Tahun 2002. Album Yang Berjudul Cinta Dan Harapan Itu Telah Menampilkan Sentuhan Penerbit Isman Nadim Hijjaz Dan Juga Mujahid Abd. Wahab Nowseeheart . Antara Lain Album Tersebut Menaruhkan Lagu2 Sentuhan Komposer Seperti Isman Nadim Mujahid Ajai Alfa Booty Khairil Azrin Trabye Dan Rosli Selaseh. Album Seterusnya Yang Juga Merupakan Album Kelima Kumpulan Ini Bertajuk - Dunia Yang Lebih Indah Telahpun Dipasarkan Pada 11 September 2006. Album Ini Menurut Firdaus Merupakan Hasil Karya Mereka Yang Terbaik Sejak Mereka Berkecimpung Dalam Bidang Seni Ini. Album Yang Sarat Dengan Melodi Yang Lebih Segar Dan Terkini Menampilkan Single Dan Juga Lagu Hit -L Ku Berlari Kolaborasi Mereka Bersama Cat Farish Dan Akbar. Lagu Tersebut Telah Mendapat Perhatian Peminat Dan Sering Diputarkan Di Corong-Corong Radio. Album Tersebut Telahpun Tercalon Di Dalam AIM Bagi Kategori Album Nasyid Terbaik Dan Kumpulan Firdaus Sendiri Telah Tercalon Dalam Kategori Vokal Terbaik Berkumpulan. Sehingga Profil Ini Ditulis Kumpulan Firdaus Telahpun Melancarkan Album Kelima Mereka Dengan Judul - SAAT TERINDAH. Album Tersebut Telahpun Dilancarkan Pada 30 Mei 2012 Dan Memuatkan Sembilan Buah Lagu Baharu Seperti Sabar Sajalah Pahlawan Patah Hati Kerna-NYA Aku Menolakmu Haluanku Masihkah Ada Cinta Laksana Impian Semua Milik Kita Ku Bersaksi Dan Saat Terindah.

50 Mejores Letras de Firdaus - Frogtoon Música

INICIO FIRDAUS
POPULARES PISTAS MEZCLAS ÁLBUMES
Video 1 : 50
Share
Max